Panas! panas! panas!
Tak habis-habis lagi isu minyak ni rupa-rupanya. Tapi memang ramai yang rasa terbeban dengan kenaikan harga minyak RON 95 negara. Bukan sahaja harga minyak naik, bahkan harga barang keperluan rumah lain turut dinaikkan. Amboi sesetengah peniaga, sampai harga teh tarik pun nak naik 20 sen ke?
Cerita pasal minyak ni mesti ramai yang tak tahu atau nak tahu apa tu minyak RON 92, RON 95 & RON 97 kan? Kepada yang dah tau xperlah kita kongsi ilmu. Kalu salah tolong perbetulkan ye.
Road Octane Number atau nama singkatannya RON merupakan ukuran ketahanan bahan api daripada ketukan enjin (engine knocking). Ianya terjadi apabila campuran minyak dan udara di dalam silinder meletup dan tidak selari dengan pembakaran minyak yang sepatutnya.
Ini bermakna lebih tinggi ron minyak lebih tinggi rintangannya terhadap ketukan enjin. Nilai octane dalam minyak tidak ada kaitan dengan pembakaran bahan api ataupun kelajuan bahan api dalam dalam palam pencucuh untuk sampai ke kabuk pembakaran.
RON hanyalah pengukur tahap ketanan pembakarannya sendiri.
No comments:
Post a Comment